Cybersecurity – Cara Menjaga Keselamatan CCTV dan Wifi Rumah Dari Digodam

10 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 09 April 2026, telah berlangsung webinar Cybersekuriti bertajuk “Cara Menjaga Keselamatan CCTV dan Wifi Rumah Dari Digodam. Tujuan webinar ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan melindungi rangkaian dan peranti di rumah. Peserta diberi pendedahan mengenai risiko penggodaman terhadap CCTV dan sambungan WIFI yang tidak selamat, termasuk penggunaan kata laluan lalai dan rangkaian tanpa perlindungan. Selain itu, turut dikongsikan langkah keselamatan untuk mengelak dari digodam seperti menukar kata laluan secara berkala, mengaktifkan enkripsi rangkaian serta mengemas kini perisian peranti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali